Sunday 27 January 2013

Ibrah : Belek Sejarah, Jadi Hebat.

Bismillahirrahanirrahim.

Cuaca selepas hujan adalah masa yang paling terbaik untuk menulis. Mengimbau kembali sejarah Islam yang penuh kegemilangan. Idea datang menyelinap masuk ke dalam diri ini setelah mengamati udara segar sesudah hujan rahmat yang Allah kurniakan.


Entri kali ini , penulis nak menyentuh mengenai 'sejarah'. Perkataan ini membawa maksud catatan atau rekod mengenai sesuatu peristawa yang berlaku pada masa dahulu. Lumrah bagi setiap manusia untuk memiliki sejarah sendiri. Jadi, banyaklah jenis sejarah yang boleh dikategorikan. Baik, buruk, sedih, gumbira, dan kosong. Semuanya terpulang kepada seseorang itu untuk menilai, apakah jenis sejarah mereka.

Namun, perkara yang penulis mahu tekankan disini ialah, bukan hendak menceritakan sejarah saya, atau sesiapa, tetapi, penting untuk kita belajar daripada peristawa lepas, kerana ianya adalah suatu pengalaman.

Orang-orang kita selalu mengungkapkan 'yang sudah tu sudah la'..

Jika menyingkap semula sejarah Penaklukan Kota Konstinopel oleh Sultan al-Fateh. Salah satu faktor yang menyumbang kepada kemenangan penaklukan adalah belajar daripada sejarah silam. Sultan al-Fateh mengimbau kembali sejarah pemerintah sebelum beliau. Sebanyak 12 kali cubaan umat Islam berusaha untuk menakluk, namun, menemui kegagalan.

Itu Sultan al-Fateh, bagaimana pula kita? Nah, ini yang perlu kita muhasabahkan.
Dalam al-Quran banyak menyentuh tentang kisah-kisah nabi dengan umatnya. Semuanya adalah sebagai rekod pengajaran buat umat kini.

Ada sejarah yang perlu kita ulang, dan ada sejarah yang kita perlu elak daripada berulang.
Sebagaimana peringatan dalam FirmanNya :

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". - Mukjizat Kitab SUCI Al-Quran Surah Al-A'raf ayat 172.


Jangan yang sudah itu tinggal jadi kenangan, tetapi jadikan yang sudah itu sebagai penyudah.

Penyudah matlamat kita.

Apa-apa pun matlamat kita, singkaplah sejarah. Ingin menjadi pelajar terbaik? Usahawan yang berjaya? Pemimpin yang reputasi  cemerlang? Beleklah sejarah.

"Betapa melalui sejarah, kita akan dapat mempelajari tentang peraturan Allah ke atas alam dan kehidupan ini. Dengan nilai ini, sejarah silam menghubungkan masa depan"-ibnu Khaldun