Wednesday 25 January 2012

Kapitalis Si Penjajah !


Maafkan kalau tulisan kali ini agak longgar dalam mengulas suatu topik yang agak berat memandangkan ini merupakan percubaan pertama saya dalam mengupas isu yg agak besar seperti ini. Maafkan saya juga anda topik ini bukanlah satu topik favorite untuk di perkatakan berbanding cerita-cerita hiburan, gossip artis dan sebagainya.
Well, something that we need to know doesn't always the things that we like isn't it?
Apakah yang dimaksudkan dengan Kapitalis (capitalism)?
Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi 4:
1. orang (golongan) yg mempunyai modal (utk pelaburan dlm perniagaan, per­usahaan, dsb); faham ~ kapitalisme; negara ~ negara yg menganut (berasaskan) kapita­lisme; 2. orang yg menyokong kapitalisme.
Rasanya semua dah tahu dan sedia maklum apa itu yang dikatakan KAPITALISME maka tak perlulah saya ulas panjang lebar pasal ini. Namun kepada yang mungkin masih belum faham atau samar-samar maka bolehlah di katakan dalam bahasa mudah bahawa sistem kapitalis itu ialah satu bentuk pemerintahan baru dengan menjadikan ekonomi sebagai senjata dimana ia dikuasai oleh beberapa individu yang kaya memiliki kapital paling besar yang menyokong pasaran bebas, tanpa apa-apa perancangan terpusat bagi merealisasikan impian 'mereka' untuk mewujudkan 'One World Government'. Walaupun, secara zahir zahirnya nampak seperti kebanyakan perusahaan gergasi tidak lagi dimiliki oleh seorang individu, namun ianya masih digerakkan oleh pejabat perusahaan atau kerajaan sesuatu negara. Dan mereka ini boleh melakukan apa sahaja. Ianya mula diperkenalkan di Eropah setelah kejatuhan sistem Feudal dan kini menjadi amalan hampir setiap pelusuk dunia menyaksikan bermulanya penindasan demi penindasan terhadap kaum miskin. Seperti pada abad ke-17 dan ke-18 di Eropah, sebuah kelas pekerja yang tidak memiliki tanah telah ditaklukkan kepada bentuk pengeksploitasian yang baru, iaitu 'pekerjaan bergaji'.



Serangan ke atas Tauhid bermula

Sistem yang sama juga digunakan sebagai senjata untuk melemahkan umat islam setelah gagal memerangi umat islam dan tentera-tentera Salahuddin al-Ayyubi pada peristiwa perang salib yang memakan masa ratusan tahun. Kemasukan British ditanah melayu mula memperkenalkan sistem kapitalis dengan memperkenalkan wang kertas dan skim gaji kepada imam-imam masjid sekali pandang nampak sebagai satu usaha murni yang sangat positif tetapi sebenarnya menjadi satu titik tolak dimana institusi agama sedikit demi sedikit jadi lemah dan terus lemah sehingga pada satu tahap boleh mereka pijak-pijakkan tanpa perlu menggunakan kaki mereka sendiri. Halusnya tipu-daya mereka ini mengingatkan saya kepada tipu-daya Iblis pada "Kisah seorang Abid, Syaitan dan sebatang pokok".
Ini kerana mereka tahu sumber kekuatan orang islam. Mereka tahu kerana mereka pernah berdepan dengannya beratus-ratus tahun dahulu dan mereka tidak mampu menanganinya. Apa sumber kekuatan orang Islam? Iaitu iman yakin terhadap Allah s.w.t. Jadi satu bentuk penjajahan baru dirancang lebih 700 tahun dahulu untuk memerangi umat islam dari dalam dalam rangka menjadikan umat islam hari ini seperti 'tapai'. Zahirnya sahaja nampak seperti ubi, tetapi bukan lagi seperti ubi.
Ahli-ahli agama (sebahagiannya) tidak lagi berani menegakkan yang Haq akibat tidak mampu menanggung tekanan dari segi takut kehilangan pekerjaan, pangkat, mata pencarian dan sebagainya secara tidak langsung menjadikan tujuan utama dalam menegakkan agama Allah dan memperjuangkannya bukan lagi semata-mata kerana Allah tetapi untuk mendapatkan 'gaji' bagi menyara keluarga adalah satu yang lebih utama. Penyanyi-penyanyi nasyid (sebahagiannya) yang katanya berdakwah melalui lagu berjuang memerangi cetak rompak. Video-video ceramah ustaz (sebahagiannya) di letakkan notice "Dapatkan yang original dari pengedar SAH sahaja" dan sebagainya. Sangat ironi bukan? Jika dakwah adalah tujuan utama, apa bezanya mereka mendapatkan yg original ataupun yang cetak rompak? Nah... inilah kesan penjajahan minda sistem kapitalis terhadap mentaliti umat Islam akhir zaman apabila wang ringgit mengatasi segala sesuatu.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata:
Rasulullah saw. hersabda;
"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari  keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)"
.
H.R Termizi
Lafaz yang sering kita dengar seperti "Zaman sekarang apa yang tak boleh beli dengan duit?" merupakan salah satu produk hasil dari sistem kapitalis.
Dalam tak sedar membuatkan kita kembali hidup dalam 'sistem kasta' apabila gelaran dan pangkat diperkenalkan. Tidak kira kerani, pengurus, pengarah sehinggalah menteri sekalipun mereka semua hanyalah merupakan boneka kepada invisible hands yang menguasai dunia dengan kuasa ekonomi mereka. Lihat sahaja dulu di masa semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60. Lihat bagaimana kapitalis memerintah malaysia tanpa mengira siapapun Perdana Menteri kita?

New World Order - One World Government
Pernahkah anda tanya kenapa sistem wang kertas diperkenalkan? Dan kenapa kini dunia cuba mengalihkan anda kepada 'watawang digital'? Online banking, Credit Card, Paypal, electronic Cash, e-gold dan sebagainya meluaskan lagi penguasaan 'mereka' terhadap manusia. Jika dulu manusia bekerja untuk mereka bagi mendapatkan 'kertas', kini lebih teruk apabila apa yang dikejarkan hanyalah nilai-nilai digit digital yang langsung tak dapat nak dipegang. Segala rekod dan transaksi di kontrol sepenuhnya oleh mereka membuatkan pengeksploitasian golongan-golongan ini terhadap manusia jadi lebih mudah. Dengan 1 minit mereka boleh menjatuhkan ekonomi sesebuh negara dengan 1 baris arahan pada sistem komputer membuahkan negara tersebut berhutang beratus tahun dengan bank dunia. Sistem yang sama membuatkan hampir kesemua umat islam kini tidak boleh lari dari terjerumus kedalam riba'. Tidak akan ada seorang pun terkecuali!

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah saw. Bersabda,
“Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya”.
Hadis Riwayat Ibnu Majah

Hadis sabda Rasulullah s.a.w. ini jelas di hadapan mata kita pada hari ini. Pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman motorsikal, pinjaman pendidikan, pinjaman peribadi dan bermacam lagi. Bagaimana jika ianya dibuat dengan sistem perbankan Islam atas nama persetujuan Mudharabah?

Perbankan Islam
Teringat saya pada statement seorang ustaz yang menjawab soalan dan memberikan penerangan tentang isu Kad Kredit dan pinjaman bank dengan perbankan Islam di radio IKIM beberapa hari lepas (kalau tak silap hari Rabu, 21 Sept), katanya selepas menerangkan perihal 'pembelian dan penjualan semula saham' yang diguna pakai; "...saya sendiri sebenarnya tak berapa selesa dengan perkara ini tetapi saya menghormati kesepakatan ulamak dalam isu ini yang mengatakan hukumnya adalah 'harus'.."

Setelah terjumpa dengan video ini, baru saya faham apa yang menyebabkan ustaz tersebut 'tidak selesa'.
Namun terdapat perbezaan pendapat dalam perkara ini dan saya sendiri tak menyarankan pembaca untuk mengikut mana-mana pendapat kerana saya bukanlah ahli dalam bidang ini. Rujuklah kepada yang lebih arif.
Kadar Inflasi dan riba' pada sistem duit kertas (matawang kapitalis) membuatkan manusia bekerja dengan lebih gigih dari sebelumnya bagi memastikan tahap kehidupan yang lebih selesa. Kita akan terus-terusan mengejar dunia sehingga leka dan terlupa bahawa kita juga perlu mencari bekalan untuk akhirat. Dan sebagai 'jaminan' kita simpan pula wang kertas yang jerih kita kumpul dengan bekerja siang dan malam untuknya kononnya untuk kegunaan waktu sesak dan bagi mendapatkan sedikit faedah dari simpanan tersebut supaya dimasa akan datang nilainya akan jadi lebih bertambah. Benarkah? Sedarkah anda bahawa kertas yang kita simpan itu makin menyusut nilainya setiap tahun? Sedarkah anda dengan menyimpan duit di bank sebenarnya anda makin rugi tak kira berapa besarpun keuntungan yang dijanjikannya?

Saya bagi contoh. Jika tahun 2002 dahulu kita simpan RM10,000 dalam ASB. Dan katakanlah dari 2002 sampai 2011 keuntungan average adalah fix 10% (huih! tinggi kan? :)) menjadikan jumlah pelaburan anda dari RM10,000 menjadi Rm23,579 tanpa berbuat apa-apa! Wow! 9 tahun peram untung lebih dari RM13K! Nanti dulu... Benarkah anda untung RM13K?? SALAH! Sebenarnya anda rugi lebih dari separuh duit anda yang telah anda simpan 9 tahun yang lalu. Bagaimana ia boleh berlaku?

Pada tahun 2002 nilai 1 Ounce emas adalah Rm1,122/oz. Jadi dengan duit RM10,000 pada masa itu anda mampu memiliki hampir 9 ounce emas. Tatapi walaupun pada tahun 2011 nilai simpanan anda telah meningkat kepada RM23,500 lebih namun jumlah itu hanya mampu membeli tak lebih dari 4 ounce emas kerana nilai 1 ounce emas sekarang adalah RM5,858/oz. (Saya akan ulas lagi mengenai perkara ini secara lebih terperinci dalam artikel lain insyaAllah.)
Kenapa perbandingan perlu dibuat dengan emas? kenapa tak bandingkan dengan harga 1 tan kelapa sawit? Sebab emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia dan tak pernah mengalami insflasi. Kerana itulah pada zaman Rasulullah s.a.w seekor kambing harganya 1 Dinar, dan sehingga hari ini harga kambing masih lagi 1 Dinar seekor.
Jadi jangan hairan mengapa kita rasa tak pernah cukup dengan rezeki yang kita dapat. Masa gaji kita RM1000/bln kita rasa tak cukup. Kita kerja dengan lebih gigih sampai dapat gaji RM2500/bln tetapi tetap tak cukup. Kita lipat gandakan usaha sampai dapat gaji RM5000/bln tapi tetap juga tak cukup-cukup. Hakikatnya, Gaji RM5000 yang kita peroleh sekarang sama jer dengan gaji RM1000 pada 9 tahun yang lalu. Itu belum lagi termasuk nilai 'cinta dunia' yang diterapkan oleh mereka dalam memberikan definasi baru kepada 'kehidupan yang lebih sempurna' yang jauh dari yang dianjurkan oleh islam dari segi kebendaan, cara hidup, fesyen dan sebagainya membuatkan kita sentiasa merasa apa yang diusahakan tak pernah cukup.
Dalam sistem kapitalis, para pekerja semakin bergantung kepada pihak kapitalis yang memiliki cara-cara pengeluaran seperti kilang-kilang dan pejabat-pejebat. Ia menjadi semakin mustahil bagi pekerja untuk hidup secara bebas daripada kapitalisme. Jika dia bekerja, dia menjadi ibarat sebuah jentera; jika dia tidak bekerja, dia akan hidup dalam kemiskinan.

Morpheus: What is the Matrix? Control. The Matrix is a computer-generated dream world built to keep us under control in order to change a human being into this. [holds up a Duracell battery]
Neo: No, I don't believe it. It's not possible.
Morpheus: I didn't say it would be easy, Neo. I just said it would be the truth.

 
Ya! We live in MATRIX. The fact is, kita tak ubah seperti sebiji bateri.
Kita sering disudikan dengan penyataan "Dunia dan akhirat kenalah seimbang... kalau kejar akhirat jer tapi dunia tak, tak boleh juga. kalau duduk atas tikar sembahyang jer tapi tak kerja, macamana nak bagi anak bini makan?". Tapi cuba tanya adakah benar usaha kita 'seimbang' antara menyediakan bekal untuk dunia dan bekal untuk akhirat? Jika kita hendak bercuti ke 2 tempat;
  • Tempat A kita nak duduk 1 hari
  • Tempat B kita nak duduk 2 minggu.
Agak-agak baper lai baju yang kita bawak untuk ke tempat A dan baper beg pulak kita nak packing untuk ke tempat B? Jika untuk ke dua-dua tempat kita peruntukkan RM500 untuk belanja adakah itu 'seimbang'? Apatah lagi jika bekal untuk dibawa ke tempat A lebih dari untuk ketempat B kan pelik bunyinya? Sedangkan Rasulullah s.a.w mengibaratkan kehidupan di dunia hanyalah umpama air yang membasahi jari setelah dicelupkan kelautan sebaliknya air laut yang lainnya itulah akhirat. Jika kita benar-benar faham ini, barulah kita tidak melabelkan orang yang sembahyang sampai pecah-pecah tumit kaki dan lebam-lebam kepala sebagai 'fanatik'.
Dalam surah Yunus ayat ke-45 Allah befirman: "Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari."

Kita risaukan anak kita mewarisi kefakiran kita di masa akan datang lantas dengan itu kita berusaha bagai nak gila dalam menyiapkan mereka dengan ilmu dunia supaya suatu hari nanti mereka boleh menjadi seorang yang berpendidikan tinggi yang boleh memiliki pekerjaan bergaji besar seperti doktor, jurutera, dan sebagainya. Biar terpaksa berhutang berpuluh-puluh ribu dengan kerajaan. Kerisauan yang melampaui kerisauan kita dalam menyediakan anak-anak kita dengan bekalan yang cukup untuk dia kembali kepada penciptanya kelak yakni Allah s.w.t

Kapitalis akan dibela oleh orang Islam sendiri

Dalam zaman ini jika seorang ayah mengeluarkan pendapat "Saya cadang bila anak saya genap je umur 7 tahun, saya nak masukkan dia ke pondok tahfiz jer..." pasti ia akan dipandang 'slack' oleh masyarakat. Bukan oleh orang yahudi, bukan oleh orang kafir, tetapi dari ahli keluarganya dan saudara seagamanya sendiri. Kerana mereka telah terkesan dengan sistem kapitalis yang telah menjajah minda mereka sehingga merasakan jaminan Allah itu tak sehebat jaminan keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang. Si ayah ini pasti dilabelkan sebagai kolot, tak berakal, tak waras, malah pasti ada yang melabelkan dia sebagai seorang ayah yang kejam kerana 'menggadaikan' masa depan anaknya. Dan bila dia menyatakan begitu, pasti akan dikatakan yang dia menolak dunia.
Kita amalkan ayat seribu dinar. Kita gantung ayat seribu dinar pada premis dan dalam rumah kita tapi kita tak faham yang sebenarnya ayat tersebut mengajar tentang taqwa dan tawakkal. Kita kata kita yakin dengan janji Allah dalam ayat tersebut yang mana 'Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga.' tetapi hakikatnya kita tetap mengatakan "Kalau tak sekolah, tak tak amik SPM, tak masuk university, nanti nak kerja apa? Camana nanti nak survive?"
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya:
Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda,
"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak seronok, terlalu mewah, menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".
H.R. Hakim
Pendek kata, kapitalisme melibatkan perubahan asas dalam hubungan-hubungan di antara manusia, peralatan-peralatan pengeluaran dan bahan-bahan pengeluaran.” Oleh kerana perubahan-perubahan asas ini, setiap aspek kehidupan manusia telah diubah. Namun, perubahan- perubahan ini hanya dapat dilaksanakan melalui apa yang Peter Linebaugh telah menamakan "serangan-serangan perundangan" pada hujung abad ke-18 untuk memperdayakan kelas pekerja bahawa apa yang mereka menghasilkan sebenarnya dimiliki oleh pihak kapitalis yang memiliki kilang-kilang. Menjelang abad ke-19, pekerjaan bergaji telah menggantikan kesemua bentuk pembayaran yang lain di Eropah dan kini boleh kata diseluruh dunia.

Jika dilihat pada kasarnya, sistem kapitalisme telah memberikan sumbangan besar kepada tahap ketamadunan manusia seperti kejayaan-kejayaan teknologi seperti kejuruteraan genetik dan dunia Internet lantas menjadikan sistem kapitalis sebuah sistem sempurna, yang tidak lagi dapat diubahkan. Kerana itulah ia akan di bela oleh orang Islam itu sendiri dan jika ada orang yang menentangnya maka dia akan dikatakan gila.

Apa pilihan yang kita ada? Sukar untuk saya sendiri jawab. Cuma, seperti yang dikatakan oleh Sheikh Imran Hosein sekurang-kurangnya masih ada dalam hati-hati kita kesedaran untuk bertaubat dan mengaku "Sesungguhnya kita telah melakukan dosa (tanpa sengaja atau tanpa punya pilihan) kita kena taubat dan banyak beristighfar dan kita perlu berusaha sedaya mungkin untuk keluar dari belenggu riba' ini secepat mungkin" mungkin itu lebih baik dari kita langsung tidak menyedarinya apatah lagi membelanya pula.

Kita berdoa agar Allah s.w.t melihat kita dengan pandangan belas kasihan membantu kita dalam usaha pencarian bagi memahami perkara ini dan melihat kita dengan belas kasihan terhadap kita dan mengampunkan kita terhadap apa yang telah kita lakukan sebelum ini dan melihat kita dengan belas dan membantu kita dalam usaha untuk bebas dari fitnah-fitnah Dajjal ini.

Saturday 7 January 2012

Ibrah : Gagak La !

In the name of Allah..

Ilham.. Bukan senang diperolehi. Bagi hambe, untuk perolehinya kita perlukan membaca.. Maka benarlah kata Murabbi hambe, masalah ahli jemaah ialah tidak membaca! Sudah kena tamrin, diberi lagi pengisian, duduk sebulat lagi dengan ahli usrah.. Tapi, disebabkan tiada ilmu, kita berasa tercenggang setiap kali apa yang di terima dalam majlis ilmu.
Bajet banyak ilmu ar..
Setakat dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus jer mana cukup..

Setiap kalihambe bersama dalam majlis ilmu, pasti saja akan kedengaran mulut-mulut yang menembak terpedo  kearah penceramah. Memang kita disarankan untuk bertanya, tapi kan, mahu kah kita di samakan dengan budak-budak ??

"Ayah , tu burung ape ?" tanya seorang anak kecil.
"Burung gagak" jawab ayahnya.


"Burung ape?"
"Burung gagak anakku"

"Burung ape ?"
"Burung gagak intan payungku"

Si anak kecil tadi, terus kebingungan. Tanyanya lagi, "Burung ape ?"
"Burung gagak la ! , burung gagak sayang !" jawab keras ayahnya.
"Dah senyap." Terkelu sebentar anak kecil tadi. Dia terus beredar.

Dengan ketiadaan ilmu, si anak kecil itu terus  menerima sahaja ilmu dari bapanya, bahwa burung itu ialah burung Gagak Anakku, nama lain burung tu jugak, Gagak Intan Payungku.

....

Setelah beberapa hari kemudian, si anak kecil itu membelek-belek buku kamus bergambar yang dibeli oleh ibunya.

"Nah, baca buku ini. Ada banyak gambar didalamnya." kata si ibu.
"Wah, manyaknyer gambar. Cume ade kaler. Cantik cantik."

Pada bahagian gambar burung, si anak kecil terlihat burung gagak. Dia bertanya pada ibunya,
"Ibu ini burung Gagak Anakku kan ? "
"Bukan lah "

"Eh yeke. Haa, burung Gagak Intan Payungku kan ? "
"Gila sih kamu ! Itu burung Gagak la !"

Dengan marahnya, si anak terus menghukum ayahnya..

"Ayah salah, ni burung Gagak La la ayah !"

Ayahnya hanya tersenyum :) Pandai anakku.

Didalam kelas, semasa ketiadaan guru.

"Kawan2, ni ialah burung Gagak La. Mari kita mengeja bersama-sama. G.A.G.A.K L.A. Gagak La."

Kawan-kawan si anak kecil itu terus turut serta mengeja Gagak La.

Begitulah, lanjutan kisah ini sehingga ke alam dewasa. Kesilapan yang tidak disedari, semua orang boleh jadi salah faham. Entah macam mana la si anak kecil itu tadi.
Jadi, sahabat-sahabat sekalian. Hambe harapkan, semua dapat mengambil ibrah dari kisah ini. Aduyai, tension tul nak buat cerpen nih. Inilah akibatnya kalau kita tidak membaca !

Begitulah juga dalam berjemaah. Jangan taklid.
Wallahu alam