In the name of Allah..
Ilham.. Bukan senang diperolehi. Bagi hambe, untuk perolehinya kita perlukan membaca.. Maka benarlah kata Murabbi hambe, masalah ahli jemaah ialah tidak membaca! Sudah kena tamrin, diberi lagi pengisian, duduk sebulat lagi dengan ahli usrah.. Tapi, disebabkan tiada ilmu, kita berasa tercenggang setiap kali apa yang di terima dalam majlis ilmu.
Bajet banyak ilmu ar..
Setakat dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus jer mana cukup..
Setiap kalihambe bersama dalam majlis ilmu, pasti saja akan kedengaran mulut-mulut yang menembak terpedo kearah penceramah. Memang kita disarankan untuk bertanya, tapi kan, mahu kah kita di samakan dengan budak-budak ??
"Ayah , tu burung ape ?" tanya seorang anak kecil.
"Burung gagak" jawab ayahnya.
"Burung ape?"
"Burung gagak anakku"
"Burung ape ?"
"Burung gagak intan payungku"
Si anak kecil tadi, terus kebingungan. Tanyanya lagi, "Burung ape ?"
"Burung gagak la ! , burung gagak sayang !" jawab keras ayahnya.
"Dah senyap." Terkelu sebentar anak kecil tadi. Dia terus beredar.
Dengan ketiadaan ilmu, si anak kecil itu terus menerima sahaja ilmu dari bapanya, bahwa burung itu ialah burung Gagak Anakku, nama lain burung tu jugak, Gagak Intan Payungku.
....
Setelah beberapa hari kemudian, si anak kecil itu membelek-belek buku kamus bergambar yang dibeli oleh ibunya.
"Nah, baca buku ini. Ada banyak gambar didalamnya." kata si ibu.
"Wah, manyaknyer gambar. Cume ade kaler. Cantik cantik."
Pada bahagian gambar burung, si anak kecil terlihat burung gagak. Dia bertanya pada ibunya,
"Ibu ini burung Gagak Anakku kan ? "
"Bukan lah "
"Eh yeke. Haa, burung Gagak Intan Payungku kan ? "
"Gila sih kamu ! Itu burung Gagak la !"
Dengan marahnya, si anak terus menghukum ayahnya..
"Ayah salah, ni burung Gagak La la ayah !"
Ayahnya hanya tersenyum :) Pandai anakku.
Didalam kelas, semasa ketiadaan guru.
"Kawan2, ni ialah burung Gagak La. Mari kita mengeja bersama-sama. G.A.G.A.K L.A. Gagak La."
Kawan-kawan si anak kecil itu terus turut serta mengeja Gagak La.
Begitulah, lanjutan kisah ini sehingga ke alam dewasa. Kesilapan yang tidak disedari, semua orang boleh jadi salah faham. Entah macam mana la si anak kecil itu tadi.
Jadi, sahabat-sahabat sekalian. Hambe harapkan, semua dapat mengambil ibrah dari kisah ini. Aduyai, tension tul nak buat cerpen nih. Inilah akibatnya kalau kita tidak membaca !
Begitulah juga dalam berjemaah. Jangan taklid.
Wallahu alam
No comments:
Post a Comment