Saturday 10 December 2011

Ibrah : Pemuda Yang Tua..

Mata menumpu tepat ke arah cermin. Hambe meneliti sebuah cermin yang selalu hambe tiliki sejak dari umurku kecil lagi. Suatu perkara yang sangat aneh!! Cermin yang sepatutnya mengeluarkan imej sebenar.

Tiba-tiba, hambe terkejut. Sedangkan, hambe tidak pernah pun berbuat suatu yang tidak sepatutnya pada cermin tersebut. Hambe perhati dari atas kebawah... kemudian dari bawah ke atas... Sangat aneh.. Aneh nya , bila hambe melihat cermin tersebut tidak mengeluarkan imej Kepala hambe... MasyaALLAH, dimana imej kepala hambe?? Cermin ni tipu ape??

Ketahuilah, sahabat-sahabatku sekalian. Kuasa Allah sangat Agung. Selama ini, aku mampu melihat imej kepala ku di cermin, tapi kini... imej kepala telah hilang !!


Hambe renung kembali.. Rupa-rupanya, hambe baru sedar, bahawa umurku telah meningkat remaja. Patut la.... dah tinggi(senyum)


So, the point 4 today is Remaja/Pemuda .
Kalau BA, AsSyabab.
Jika BI, Youth.
Maka BC,Qīng shàonián.

Ibraf Cafe sukacita , secara ringkasnya, ingin menceritakan sebuah kisah seorang tokoh Intelektual. Beliau diberi nama Saad Bin Mirza. Dengan membawa gelaran yang cukup terkenal di Turki, Badi'uzzaman Sa'id Nursi. Beliau dilahirkan pada tahun 1876 di Nurs, Khizan, Turki. Ibu bapa beliau berketurunan Kurdis dan berasal drpd salasilah Ahl Bayt.

Mungkin nama beliau kurang dikenali, INsyaALLAH, pada hari ini, medan blog Ibrah Cafe akan mengisahkan lebih lanjut.

Gelaran Badi'uzzaman diberikan kepada beliau oleh gurunya yg bernama Syeikh Fathu'llah. Ia bermksud Keunggulan Zaman.Namun, beliau tidak mahu menerima gelaran itu kerana merasakan masih belum layak dengan gelaran itu. Mana tidaknya, gelaran yang diberi bukanlah semacam Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan, Bapa Kesatuan dan segala jenis Bapa yang ada atas muka bumi. Tetapi, kepadatan ilmu yang ada pada diri beliau itu.... Bahkan dicurahnya pula umpama tsunami menyirami bumi kontang.

Tentang pendidikan beliau.. Pada umur 9 tahun, Sa'ad al-Nursi mula mencari ilmu pengetahuan ke luar kawasan tempat tinggalnya. Beliau mempelajari dan menguasai ilmu-ilmu yang ada pada kitab-kitab muktabar seperti , Jam' al-Jawami, Sharh al-Mawaqif, dan Ibn Hajar. Minat beliau dalam bidang ilmu ini bermula apabila beliau ikut serta dalam majlis-majlis ilmu yang dibuat dirumah bapanya. Disitu beliau mula mendapat pendedahan awal dalam proses pembentukan mindanya.

Gelaran Ulama Muda yg hebat pernah dinobatkan padadiri beliau. Sa'idal-Nursi pernah dipelawa oleh Gabenor Bitlis yang bernama Umar Basha supaya tinggal bersamanya.Beliau menetap disitu hanya 2 tahun , tapi sudah berjaya menghafal kitab-kitab seperti al-Matali, al-Mawaqif dan al-Mirqat. Selain itu, Sa'id al-Nursi berjaya mempelajari dan menguasai ilmu kalam, mantik, nahu, tafsir, hadis dan fiqah.

Alam kerjaya... Pada tahun1879, umur 21 tahun, Beliau dilantk menjadi Ulama oleh Gabenor Hasan Basha . Namun, beliau merasakan diri beliau belum cukup mendalami ilmu-ilmu moden. Akhirnya, beliau mengambil keputusan mempelajari bidang sains seperti fizik, kimia, biologi, astronomi dan ilmu kaji bumi.
 Bagi memantapkan lagi diri dengan keseluruhan ilmu, beliau tidak ketinggalan mempelajari ilmu geografi, falsafah moden, sejarah dan matematik. Kepakaran beliau dalam cabang-cabang ilmu itu akhirnya mlayakkan beliau dengan gelaran Badi'uzzaman. Kali ini Sa'idal-Nursi menerima gelaran itu. Bagi beliau, ilmu sains dan ilmu agama tidak dapat dipisahkan.

Berbekalkan kesedaran betapa perlunya dilakukan perubahan kepada sistem pendidikan yang sedia ada, Sa'id al-Nursi pergi ke Istanbul bagi menubuhkan sekolah Islam Moden yang dinamakan Madrasah al-Zahra. Sukatan pelajarannya diambil daripada al-Azhar, Mesir. Usaha beliau dalam meningkatkan taraf pendidikan diteruskan dengan usaha membina universiti di Anatolia,Istanbul. Namun, usaha itu gagal apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama. Dari situ beliau mula membuat reformasi sistem pendidikan. Beliau mahu ilmu agama dan ilmu moden pada masa itu dipelajari dengan sama penting.

SO, dalam usia yang muda ini, beliau sanggup memperjuangkan hak ilmu yang sepatutnya dimliki oleh orang Islam. Sikap beliau juga sangat matang. Mampu menguasai segala ilmu . Fikiran masyarakat sekarang lebih melihatkan kepada ilmu agama hanya untuk orang tua-tua, dan ilmu moden hanya untuk mereka yang muda-muda. Tanggapan yang sangat tidak masuk akal.

Antara kata-kata beliau :

"Sebaik-baik pemuda di kalangan kamu adalah mereka yang 
menyerupai orang tua
dan seburuk-buruk orang tua adalah mereka yang 
menyerupai orang muda"

Karya beliau, Tafsir Rasa'il al-Nur adalah tulisannya yang terkenal dan dapat pengiktirafan daripada ulama terkenal. Tafsir Rasa'il al-Nur adalah tafsir Quran.
Karyanya ini membincangkan beberapa ilmu seperti ilmu hadis,falsafah, ilmu kalam, dan tasawwuf. Disamping mendapat sambungat yang hangat, Tafsir Rasa'il al-Nur diterjemahkan ke dalam beberapa jenis bahasa. Selain daripada bahasa Inggeris dan Arab, karya ini juga diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, Rumania, Bulgaria, Parsi, Kurdi, Urdu, India , Jerman, Itali, Perancis, Rusia dan beberapa bahasa lain di Asia Tengah.

Beliau meninggal pada 23 Mac 1960 di Urfa.

Secara ibrahnya, pertama, dengan melihat cermin, mampu menyedarkan kita bahawa kita sedang meningkat umur.
Kedua, tokoh diatas bukti menunjukkan betapa pentingnya penguasaan ilmu. Sebab itu kita disarankan supaya belajar bukan sahaja didalam bilik kuliyah. Tetapi dimerata tempat. Ilmu itu hak orang mukmin, ambillah sebanyak mana yang kamu mahu. Nak sikit, dapat la yang sikit tu.

Dan beginilah, hambe mengkaitkan tajuk hari ini.  Pemuda Yang Tua!. Oleh hal yg demikian, kita akan dilihat seperti orang yang banyak ilmu. Macam Sa'id al-Nursi tadi. Akan tetapi, bukannya bermaksud pemuda yang tua itu dari segi KEKUATAN, tapi KEPERILAKUAN.
Waallahua'alam..

p/s maaf andai terkasar bahasa. Hanya mainan bahasa semata-mata. Yang penting, IBRAH....

No comments:

Post a Comment