There was an error in this gadget

Tuesday, 29 November 2011

Ibrah : Doktor Politik !

Menikmati udara segar di pagi hari. Terdengar kicauan burung-burung. Dibuka langsir, merasai kehangatan suam-suam panas mentari di pagi hari. Hari yang ceria, hambe mengulumkan senyuman kepada rakan sebilik.

Dengan pantas, hambe menjerit !

" Woooi, bangun.. Subuh dah lepas ar!! "

Tanpa menghiraukan air liur di mulut, dia terus ke bilik air untuk mengambil wudhu'. MasyaALLAH, sungguh membahayakan. Mana tidak nya. Kalau secara tiba-tiba malikil maut datang menjemput. Subuh yang tidak dilangsaikan. Menyesal seketika. Muhasabah buat kami berdua.

*p/s Hambe dah solat subuh sebelum kejut rakan sebilik..

So, sama-sama kita mengambil pengajaran daripada peristiwa tadi. Bahaya. Bahaya.

Jadi , Ibrah Cafe hari ini secara santainya. Memberi sedikit kisah buat pembaca semua. Membawa tajuk "DOKTOR POLITIK".

Sebelum itu, soal diri kita. Kenapa? Siapa? Bila? Dimana?

Melalui soalan. InsyaALLAH, kita akan mula menimbulkan rasa ingin tahu isi kandungannya.
Sebagai pelajar atau mahasiswa sekalipun, cara bertanyakan diri sendiri ini mampu menjadikan kita lebih cakna. Cakna bermaksud ambil berat. Cakna dengan setiap madah dimana jua, walaupun didalam kelas. Misalnya, dalam program kepimpinan, ceramah , dan sebagainya. Adapun, dengan keluarga juga kita perlu praktikkan cara ini. Secara tidak langsung, hubungan kekeluargaan akan terjalin dengan erat serta-merta dan lebih kokoh.Ibrah daripada kaedah bertanyakan diri sendiri sangat jelas disini.

Siapa? Empunya gelaran ini adalah seorang yang tidak asing bagi kita sebagai rakyat Malaysia. Beliau layak diberi anugerah sebagai tokoh politik. Nama penuh beliau ialah Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor. Beliau dilahirkan pada bulan Ogos 1911 di Changkat Tualang , Perak. Nikmat yang melimpah ruah oleh kerana ibu bapa beliau sangat berpegang teguh kepada agama Islam dan terdiri daripada golongan atasan. Orang senang jugak la Burhanuddin Helmy ni.

Sebelum hambe menceritakan kisah beliau. Hambe ingin menyingkap kembali kisah disebalik panggilan 'al-Helmy' bermula apabila rakan-rakan bapanya memanggil nama bapanya dengan Abi Halim. Kenapa? Hal ini adalah disebabkan oleh sikap Haji Muhammad Nor yang tidak materialistik dan kemewahan. Beliau suka senyum dan tidak mudah marah. Lama kelamaan nama Abi Halim ditukar menjadi al-Helmy yang bermaksud, 'orang yang tidak pemarah'. Burhanuddin kemudian menggunakan panggilan al-Helmy ini pada hujung namanya. Transformasi nama menjadi lebih comel .

Kisah pendidikan beliau sangat panjang. Jadi, hambe mengambil alternatif dengan mengambil point yang dirasakan penting. Senarai sekolah secara formal:
-Sekolah Behrang Ulu, Tanjung Malim.
-Sekolah Melayu Bakap.
-Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumatera Barat.
-Pondok Pulau Pisang, Jitra Kedah.
-Madrasah Al Masyhur Al Islamiah, Pulau Pinang.
-Bidang homeopati di Ismaeliah Medical College, New Delhi.

Beliau belajar di India dengan mendapat biasiswa daripada hartawan India Muslim Pulau Pinang. Beliau juga anak melayu pertama yang mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang homeopati. Daripada senarai sekolah tadi, mungkin ada segelintir daripada pembaca yang pernah/sedang menjadi junior sekolah kepada Burhanuddin Helmy. Untunglah bagi mereka yang terlibat. Barangkali rahmat dan keberkatan ilmu  beliau berada disitu kekal selamanya.

Tahukah anda? Sebelum beliau pulang ke tanah air, beliau pernah ke Palestin pada tahun 1935. Semasa di Palestin beliau bersama perjuangan rakyat Palestin dalam menentang Deklarasi Belfour yang dikemukakan oleh pihak British bagi menubuhkan negara Israel. Akibatnya, beliau ditahan beberapa bulan disana. Tertunda sebentar buat beliau untuk pulang ke tanah air tercinta. Namun tidak ada sedikit pun semangat beliau luntur untuk terus berjihad dan berjuang demi Islam. Ini baru sahaja mengenai kisah beliau semasa berada dimusim pembelajaran.

Seterusnya, hambe akan menyentuh mengenai keperibadian Sufi Haraki ini.
Gelaran 'al-Helmy' pada hujung namanya benar-benar mencerminkan keperibadian Burhanuddin iaitu pendiam, bersopan-santun dan penyabar, Beliau mesra bergaul dengan golongan bawahan tanpa prasangka negatif. Malah sikap ini  ditonjolkan baik pada seteru politiknya. Walaupun beliau daripada keturunan bangsawan dan bergelar doktor, beliau seorang yang berjiwa rakyat.

Karier politik beliau pula. Pada mulnya, beliau hanya menjadi seorang guru bahsa Arab , dan beliau juga turut aktif dalam gerakan Islam, Jamaatul Islamiah di Singapura. Pada tahun 1937, beliau menerbitkan Taman Bahagia, sebuah akhbar yang secara terang-terangan menentang penjajahan British. Keberanian beliau membuatkan hambe rasa teruja. Tegakkan kebenaran.

Kalau dilihat zaman sekarang, memang jarang sangatlah untuk kita ketemu orang seperti Burhanuddin Helmy. Beliau ditahan polis Cawangan Singapura berikutan kes akhbar beliau itu. Selepas dilepaskan, beliau membuka sebuah klinik homeopati di Singapura.

Burhanuddin Helmy seorang ahli yang aktif dalam Kesatuan Melayu Muda(KMM). Beliau dilantik menjadi Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu, satu jawatan tertinggi bagi orang tempatan masa itu.

Menerusi jawatan, beliau dapat membantu melindungi pusat pendidikan Islam yang terkemuka pada masa itu iaitu, Maahad Al Ihya As Syarif, Perak.

Pada tahun 1945, Burhanuddin dan pemimpin2 KMM lain menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS). Untuk apa??

Untuk mengusahakan mendapat kemerdekaan Tanah Melayu dan Indonesias secara serentak. Sebelum TAR lagi, beliau sudah sedar untuk memperjuangkan kemerdekaan. Perasan tidak kita??

Itulah pentingnya kita kaji sejarah..

Malangnya, Jepun terpaksa menyerah kalah kepada kuasa Berikat pada 14 Ogos 1945.Ini menguatkan cengkaman British kembali di Tanah Melayu.

Banyak lagi kisah Burhanuddin Helmy dalam bidang politik ini. DIsamping beliau aktif dalam politik, beliau tidak tinggal bidang kedoktoran serta bidang penulisan.  Antara buku beliau adalah ; Sejarah Perubatan, Ugama dan Politik , Falsafah Kebangsaan Melayu , dan Perjuangan Kita. 

Jika dilihat kepada peribadi beliau, memang tiada masalah bagi beliau untuk menempuhi semua bidang, malah beliau menggabungkan aspek yang saling menyandar. Tidak mustahil juga buat kita bukan?? Dengan usaha, itulah kunci bagi kita.

Pemikiran beliau juga banyak mencorakkan politik Tanah Melayu terutamanya perjuangan yang berteraskan kemerdekaan tanah air, Islam dan bangsa Melayu. Antara bait-bait katanya yang terkenal adalah:

"Diatas runtuhan kota Melaka,
kita bangunkan jiwa merdeka,
bersatulah Melayu seluruh baka,
membela hak keadilan pusaka..."

Nampak Ibrahnya disitu. Betapa pentingnya bidang politik yang digabungkan dengan bidang kedoktoran. Jadi, bagi mahasiswa pula, politik bermaksud pengurusan. Politik memang menjadi dasar dalam kehidupan kita. Lagi comel politik itu, jika dicombine kan dengan Islam.

Akhir kata, hambe harap sebarang respons silalah komen.  
Anda rasa anda waras, buatlah cara waras.
Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalam..


No comments:

Post a Comment