Terkejut hambe bila dapat berita bahawa Ustaz tadi sebenarnya Pengarah Program Siasah Syarieyyah. MasyaALLAH, TabarakALLAH..
Terkejut hambe. Bukan calang orang rupa-rupanya. Program tersebut mendedahkan aspek siasah kepada masyarakat yang benar-benar berlandaskan Hukum Syarie. So, boleh diconsider sebagai seorang tokoh jugak lar. Tokoh Siasah.
Perjalan diteruskan lagi. Tiba-tiba. Satu rahmat yang zahir datang secara mengejut. Ibarat lebah datang menyerang hambe. Berdebar-debar tubuh terasa. Rahmat yang tidak disangka-sangka akan turun pada waktu cerah , mentari menyinar menampiaskan haba ke tubuh hambe. Hot
Adapun ia , Itulah rahmat HUJAN.. Turun selebat-lebatnya.
Alhamdulillah. Payah nak dapat di negeri lain. Payung diambil , bukan bermakna hendak mengelak dari rahmat. Tapi melindungi sebuah kitab didalam beg. Jalan-jalan lagi, sehingga sampai ke destinasi. Hambe tanpa rasa segan silu, membuka pintu Dewan. Kelihatan ramai mahasiswa/i sedang menunggu.
Hambe menyandarkan tubuh diatas kerusi. Lega rasanya. Yang menakjubkannya , rahmat yang bersama dengan hambe berjalan tadi. Tiba-tiba berhenti. Apsal laar.. Abaikan jer ah. Tapi, lafaz seinfiti syukur kehadhrat Ilahi, hambe selamat.
Maka, bermulalah pengembaraan roh ke zaman Rasul. Ustaz telah membawa hati kecil hambe bersama yang lain ke alam sejarah seorang sahabat baginda iaitu Saad bin Muaz.
So, inilah kaitannya dengan tajuk Ibrah Cafe hari ini.
Hitam Metalik.!
..................................................gambar hiasan semata-mata.............................................
Kenapaa?? Terasa diri anda putih sangat ?? Perkataan menghina kah ini??
Inilah Islam. X pelik pun.
So, sukacitanya hambe hendak mengulang kembali ceramah daripada Ustaz tadi.Hambe tersentak sebentar. Dalam nada sinis , Ustaz berkata menengenai peribadi Saad . Katanya, inilah sahabat paling gelap dan 'hitam metalik' pulak tu. Ciptaan Ilahi. Ini bukan keaiban. Bahkan, kelebihan.
Sering kali kita hanya mendengar, Bilal bin Rabah yang ganjil. Tapi, Saad bin Muaz lagi paling sangat tidak ganjil . Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman.
Lagi...
Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin mendirikan rumahtangga. Lalu dipinangnya perempuan di Madinah. Kerana kulitnya yang hitam, pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita-wanita Madinah. Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali”. Lalu Rasulullah bekata, “jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin”. Lalu Rasulullah memanggilkan sahabat-sahabat yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat tersebut membawa Saad untuk meminang atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik
Inilah perintah Rasulullah.
Kemudian,
Saad dan sahabat-sahabat dilayan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat-sahabat yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminang anaknya yang cantik tersebut. Bapa wanita itu kemudiannya gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebenar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik.
Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah. Perempuan yang
cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana
Saad adalah seorang yang dijamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh
Allah. Lalu bapa wanita itu pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan
menerima pinangan Saad di depan Rasulullah.
Rasulullah lalu bertanyakan Saad samada beliau memiliki wang??
Kerana
mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk
meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Kemudian Rasullulah
menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.
Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinannya, Saad terdengar
seruan jihad dari Rasulullah. “Wahai pemuda-pemuda Islam bersiap sedia
segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita”. Lalu Saad
menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang dan siap sedia dengan
baju perisai dan kuda untuk berperang. Saad dengan segera pergi berbaris
paling hadapan dengan sahabat-sahabat lain dengan siap berpakaian
perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali
oleh sahabat-sahabat lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam
peperangan tersebut.
Bayangkan kita berada di tempat Saad?? Merana badan.
Nak tahu. Itulah erti sebuah pengorbanan.
Rasul menziarahi kubur Saad. Rasul sedih, senyum, kemudian berpaling.
Buat pembaca semua. Ambillah Ibrah dari kisah ini. terlampau banyak ibrah yang boleh dipetik. Pengorbanan sangat memainkan peranan untuk menaikkan semangat berjihad. Sebagai mahasiswa sendiri, contoh pengorbanan.. Meninggalkan tidur demi mencari Ilmu. Bengkak kaki , demi menyahut seruan Ilahi. Meredah hujan, demi menghulrkan bantuan.
Tambahan .. Rasul sedih kerana pengorbanan dia. Rasul senyum kerana baru sahaja Saad disuruh dikahwini. Rasul berpaling.. Kerana banyak bidadari berebut2 menyahut roh Saad ke Syurga sehingga baginda ternampak aurat yang terselak.
Tammat..
Setelah majlis bersurai. Hambe ke ruang membaca akhbar. Terlihat satu petikan "
Wakil DAP gelar MB Perak "black metalic".. hua hua
Take it easy kawan. :) wassalam
No comments:
Post a Comment