Saturday, 19 November 2011

After Lunch

Dalam masa yang amat singkat, setelah menikmati hidangan Nasi Berlaukkan Ayam Masak Pedas Original made in Kelantan , Malaysia. Alhamdulillah, enak x terkata.,,hambe terus meloloskan diri terus ke bilik 224 , dibuka pintu tertulis nya disitu Jejak Sunnah .

Teringat hambe semasa majmuah/kelas hambe menyertai Program Hari Kesihatan anjuran MPP APIUM untuk mengadakan exhibition . Kelas hambe yang dikenali sebagai APIDS, Science Class dan Minority Class,  membawa pengisian ilmu yg agak berbeza berbanding dengan kelas majoriti pelajarnya yang lain. Hanya mereka yg bergelar pelajar APIUM shj mengetahui akan hal minor n major ni.. (senyum) ..

Berbalik kembali kondisi hambe tadi , mengenang kembali kisah pada Hari Kesihatan tempoh hari. Ibrah Cafe hambe hari ini hendak menukilkan apa yg telah kami siarkan fakta2 dan informasi yg selalu bermain di gendang telinga manusia, namun, tidak ketahui apakah IBRAH disebalik perkara yang acap kali didengari.

Hence, hambe suka menggunakan medium Blog Ibrah Cafe ni untuk kita bersama mengambil iktibar / pengajaran daripada Hadis Nabi Mulia Muhammad SAW, mafhumnya,

'Bahawasanya nabi melarang daripada bernafas di dalam bekas (makanan atau minuman) dan meniup di dalamnya.'

Anda semua boleh rujuk dalam kitab Sahih Al Jami', riwayat al Tarmizi dan Abu Daud.

Al-Syaukani dalam Nail al-Awtar ketika mensyarahkan perkataan Nabi saw : 'atau meniup di dalamnya' berkata : 'yakni meniup di dalam bekas yg dia minum , dan bekas itu merangkumi bekas makanan yg panas, bahkan hendaklah bersabar sehingga makanan itu sejuk.'

Al Allamah al Manawi di dalam Faidh al Qadir (6/346) pula berkata: 'Meniup makanan yg panas menunjukkan kegopohan sekaligus menunjukkan keburukan, tidak sabar dan mencacatkan muruah'.

Larangan bernafas dan meniup di dalam bekas makanan dan miuman ini adalah makruh , jika ada keperluan yg mendesak utk makan atau minum dengan segera , maka tidak mengapa melakukannnya. Al Allamah al Mawardi al Hambali didlam al Insaf (8/328) berkata : 'Kata alAamidiy : Tidak dimakruhkan meniup makanan yg panas.' Aku (alMawardi) berkata, ' ia benar jika ada keperluan utk makan pada ketika itu juga.'

So, anda semua boleh nampak apa yg hendak hambe sampaikan. Mengikut apa yg pernah hambe belajar mengenai pernafasan. Kita akan mengeluarkan gas CO2 (karbon dioksida) . Gas yg dilepaskan itu akan bercampur dgn makanan dan minuman kita kalau kita hembus. Maka boleh diumpamakan anda memuntahkan udara, kemudian telan kembali.... Geli! Geli!

Justeru, x payah la nak hembus2 bila hendak memulakan suapan. Bukan bermaksud hambe melarang, akan tetapi, sebagai IBRAH buat kita supaya tidak memasukkan kembali apa yg telah dikeluarkan. Tunggu sampai makanan jadi sederhana panas.. Islam pun mengajar kita supaya bersederhana bukan??

Nasib baiklah hambe makan lunch tadi tidak melakukan demikian..
Silalah ambil Ibrah ni sahabat sekalian.

No comments:

Post a Comment