Friday, 25 November 2011

Senyum Depan Tali Gantung !!

Tatkala masyarakat sebut mengenai tali gantung, semestinya mereka menganggap orang yang digantung itu melakukan kesalahan yang amat teruk lagi dahsyat . Bunuh, Gejala Dadah, Rasuah dll. Ekstrem saje. Mesti mereka-mereka yang digantung ni baru pasang niat untuk bertaubat. Baru hendak sedar . Sudah terhantuk, baru nak terngadah. Perangai orang Melayu. Naseb baik hambe tidak perjuangkan Melayu. Tapi Islam. Melayu hanya pada bangsa.
Di depan tali gantung, mereka pasti berasa kecewa, sedih , marah , bengang  .
(Kalau kat PLKN kita panggil GERAMJI :( ) .Masyarakat mengganggap itulah nihayah sebuah kehidupan.

Tapi, Ibrah Cafe hari ini ingin mengubah persepsi. Masyarakat di seluruh dunia. Bahawa terdapat juga insan yang boleh senyum di hadapan tali gantung . Gila ker ape??? BUkanlah..
Inilah dia, hambe perkenalkan. Idola hambe. Syed Qutb yang hambe pernah post sebelum ni. Biografi beliau yang sangat banyak ibrahnya.

Kali ini, hambe ingin menceritakan kisah beliau . Disaat sebelum Malikil Maut mencabut nyawa.

Beliau hanya melontarkan senyuman. Cukup tenang. Ekspresi muka yang tidak rasa bersalah.
Boleh bayangkan x ???Nah, ini gambarnya. Cube la tiru


Sebelum dihukum,As-Syahid ada menyebut bahawa As-Syahid bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W. yakni pada malam terakhir beliau sebelum mati di jalan Allah sebagai syuhada'.As-Syahid Syed Qutb menceritakan bahawa dirinya menunggang kuda putih dan Rasululllah S.A.W bersalaman dengannya dan menegaskan dengan kata-kata bertenanglah wahai Sayyid,sesungguhnya kamu telah berjaya mendapat kematian sebagai seorang syahid di jalan Allah.

MasyaALLAH, TabarakALLAH..

Penahanan As-Syahid mendapat perhatian daripada mantan Presiden Iraq,iaitu Jeneral Abdel Salem Aref yang meminta agar Presiden Gamal Abdul Naseer membebaskannya.Akhirnya hasil desakan beliau,As-Syahid Syed Qutb dibebaskan pada tahun 1964.


   Selepas 8 bulan dibebaskan,As-Syahid sekali lagi ditangkap dan dituduh menghasut rakyat untuk membakar pusat-pusat makmal sebagai tanda untuk menggulingkan kerajaan Mesir pada masa itu.

 



Syed Qutb dengan tegas menjawab;  "Telunjuk yang bersyahadah setiap kali bersolat bahawa Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhamad Rasulullah, tidak akan aku menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana benar aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan".

Maksud yang sangat mendalam. Kata-kata pedas. Menusuk qalbu hambe. Ayat beliau nganjing bagi mereka yang menzalimi beliau. 


Akhirnya pada 29 Ogos 1966,As-Syahid Syed Qutb bersama 7 orang anggota Ikhwanul Muslimin telah dihukum gantung sampai mati di sebuah tempat yang tidak diketahui umum termasuklah adiknya iaitu Muhammad Qutb.


"Mati Syahid ", katanya perlahan dan sempat pula mengulum senyum kepada mereka yang bertanya tentang hukuman yang akan diterimanya.


So, x pelik kan? Bagi orang yang perjuangkan Islam. X pernah takut mati. Masyarakat seluruh dunia sekalian. Ubahlah persepsi kalian. Berjuang untuk Islam bukan berakhir di tali gantung. Tetapi sebenarnya baru sahaja bermula. Mencapai kebahagiaan yang kekal selamanya.

Jika berlaku juga kepada kita, cubelah SENYUM ok.


Jika diberi pilihan untuk kita antara RM 100000++ dengan segala isi kandungan di bumi ini.


Hambe hendak ingatkan kepada semua. Pilihlah Mati Syahid.
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalam...













 


No comments:

Post a Comment