Saturday 19 November 2011

Ibrah daripada Sayyid Qutb

Terlihat tubuh badan sahabatku menyandar di atas bangku yang penuh kelembutan, sambil menikmati secawan Teh Boh yang diambil daunnya dari Cameron Highland , riang di hati hambe menjadi gulana apabila keadaan yang begitu selesa itu mengaburi hati hambe untuk rasa bersyukur..

Lantas, tersingkap di benak fikiran hambe, lalu mengeluar kejernihan air mata membasahi pipi mengingatkan kembali kisah seorang tokoh. Tokoh Pejuang Agama yang bernama Sayyid Qutb.


Setelah menghirup lagi secawan Teh , dengan rasa penuh tawadhu', hambe pergi duduk bersebelahan dgn sahabtku ini namanya Ilmi Aluri.. Lalu hambe menyatakankan hadaf bicara utk kesini supaya bersama-sama menghirup air 'jasa seorang tokoh pejuang agama ' untuk dimasukkan kedalam rohani kami bersama.

Kemudian, hambe terus mengisahkan kepada sahabatku tentang kisah tokoh ini yang bernama Sayyid Qutb Ibrahim Hussain Shazali, bagi melepaskan ungkapan gulana menjadi IBRAH kepada sahabatku.

Tokoh ini terlibat dengan Ikhwanul Muslimin yg diasaskan oleh Imam Hasan Al Banna. Beliau mnjadi tonggak pergerakan Ikhwan selepas pembunuhan Imam Hasan Al Banna. Beliau dianggap org yg paling berpengaruh dalam kritikannya pada Barat.

Sejak tahun 1951, beliau menjadi penulis / ketua editor dalam akhbar Ikhwanul Muslimin Al-Da'wah.
Pada tahun 1954, beliau ditangkap sebanyak dua kali oleh pemerintahan Jamal Abdul Nasser atas tuduhan berkonspirasi menentang kerajaan.

Pada Julai 1955, peristiwa sangat menyayat hati hambe ,beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun di Penjara Jarah, Mesir. Semasa dipenjara , beliau bersama ribuan lagi ahli Ikhwan diseksa oleh rejim pemerintah. Beliau sempat menghasilkan 2 buku iaitu Hadzha al Din dan  Al Mustaqbal li Hadzha al Din.

Selepas pembebasannya, beliau menulis bukunya yang trkenal Maalim Fi al Tariq dan sebuah tafsir Quran Fi Zilalil Quran . 8 bulan setelah itu, beliau ditangkap kembali bersama adik beradik dan ribuan lagi ahli Ikhwan lain. Beliau dijatuhkan hukuman gantung pd 29 Ogos 1966. Beliau meninggalkan di belakang beliau 24 buah buku sebagai sumbangannya di dalam dakwah.

Begitulah perjuangan Sayyid Qutb. Kerajaan merasa terancam dengan hasil buku yang dihasilkan beliau sehingga sanggup melakukan kezaliman ke atas beliau. Astaghfirullah.... Xde nak rehat2, sambil sandar2 atas kerusi dan bagai2..

So, sama2 lah kita ambil IBRAH dari kisah Tokoh ini. Sahabat hambe tadi merasa amat menyesal. Kepiluan sangat menusuk di qalbu. Dia kini sentiasa berusaha untuk study supaya boleh jadi mcm Sayyid Qutb ni.  Sekarang berada di KMM.. Selamat Maju Jaya. Berjuang Tegakkan Islam.

Wabillahi Taufiq wal hidayah, wasaalam..

1 comment: