Sunday 20 November 2011

Angguk2 - Geleng2 ???

Hari ni, cafe x berapa nak laku. maybe sbb hambe tidak menghadirkan diri untuk ke sana. Dengan penuh rasa tawadhu' , hambe buat keputusan yg amat meyakinkan. Tarik nafas. Dengan niat kerana Allah, hambe berpuasa sunat hari ini Ya Allah.

Tp, Ibrah Cafe tidak seperti Cafe lain. Sentiasa laku jika ada insan yg sudi datang bersinggah. Menikmati hidangan hari ini. Bertajukkan 'Angguk2 - Geleng2'. X pelik pun tajuk ni, hambe cuma mahu berkongsi Ibrah daripada perbuatan tersebut. Seakan-akan lembu la pulok. Tidaklah!! Lembu buat begitu sebab nak halau lalat kot.

Manusia melakukan sedemikian, boleh dikatakan sedemikian . Mengapa pulok?? Sebab kalau lalat hinggap di atas hindung, mesti manusia 'Angguk2 - Geleng2 bukan?? (gurau jer).

Apa jawapan nye?? Oleh yang demikian, hambe sukacitanya ingin berkongsi kisah yang terkandung ibrah daripada seorang tokoh yang bernama Zulkifli Muhammad. Seorang tokoh INTELEK masa zaman sebelum Merdeka lagi.

Apa kaitan dengan tokoh ni pulok????? Berhenti dari menggaru kepala . Ingat kembali sejarah yang telah kita baca masa zaman SPM dulu. Dalam buku teks sejarah ada tertulis nama tokoh ni. Ingat lagi bukan?? Tak silap, hanye 1/100++ jer ditulis nama beliau dalam buku teks. 

Nama penuh beliau Zulkifli bin Muhammad dilahirkan pada 22 Mac 1927 di Kota Lama Kiri , Kuala Kangsar, Perak. APIUM untunglah APIUM, majoriti orang Perak semuanya. Jadi boleh la berkenalan dengan 'senior' kita yang hebat ni.

Bapa beliau bernama Abu Zulkifli...(smile) ...Muhammad bin Arshad seorang kerani besar di Rumah Sakit Umum. Ibunya pula bernama Ummu Zulkifli...(smile).... Arbaiyyah bnti Muhammad, seorang suri rumah.

Zulkifli Muhammad mengalami ujian yg besar dalam hidupnya semasa beliau berusia 2 tahun.Beliau diserang penyakit polo. Hal ini menyebabkan sebelah kaki dan tangan beliau lumpuh. Namun, apabila sampai masa bersekolah beliau menggunakan peluang itu dengan baik walaupun beliau cacat.

Senarai tempat beliau bermadah pujangga ilmu :
-Sekolah Melayu Parit, Perak.
-Sekolah Agama Madrasah Aziziah , Parit.
-Madrasah Idrisiah , Bukit Chandan , Kuala Kangsar, Perak.
-Universiti Al Azhar (Undang-Undang)

Semasa beliau di Uni AL Azhar, beliau trpaksa pulang ke tanah air kerana disahkan menghidap penyakit buah pinggang. MasyaALLAH.. Fortunately, beliau sempat mempelajari ilmu sains sosial di Uni Amerika, Kaherah serta mendapat tarbiyah secara langsung daripada Imam Hasan Al Banna. Beliau terlibat dengan gerakan Islam Mesir, Jamaah Syubban al Muslimin.

Rasailah kepahitan perjuangan tokoh ini wahai sahabatku. Walau dalam keadaan sakit dan lumpuh lagi, beliau tetap memperjuangkan serta mengisi roh beliau dengan ilmu . Hambe sangat mengagumi beliau. Namun, sepastinya, pahit hanya didunia, tapi Manis Tidak Terkata apabila berada di Syurga kelak. InsyaALLAH.

Seterusnya, beliau aktif menggerakkan Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) . Beliau bersama rakannya Aminuddin Baki menjalankan kegiatan itu sejak tahun 1952. Beliau dilantik memegang jawatan sebagai Naib Yang Di Pertua GPMS.


Beliau mempunnyai ketokohan dalam berpidato. Ilmu pengetahuannya yang luas menyebabkan idea-idea yang diutarakannya semasa berpidato menarik perhatian para  pendengarnya. Lagi-lagi, beliau berjaya meaikkan semangat orang Melayu pada mas itu supaya bangun menentang penjajah Inggeris

Zulkifli Muhammad mula berjinak-jinak dalam bidang politik dengan menyertai UMNO. Pada waktu itu, UMNO dipimpin oleh Dato' Onn Jaafar. Memang hebat la UMNO 'masa tu'. Respect jiddan. Pada ketika itu, pihak Inggeris sedang rancak dengan gagasan Malayan Union. Ahli-ahli UMNO dan para pejuang termasuk Zulkifli Muhammad menentang keras gagasan Malayan Union. Betapa cerdiknya orang Melayu ketika itu. Walaupun orang Inggeris suruh orang Melayu bersatu (union) , tapi tidak dilayan sama sekali. Sampai sekarang ni pun, masih ada lagi 'suruhan' untuk bersatu. Tidak cukup bersatu lagi kah Umat Melayu kita bersatu?? Setakat gaduh2 rebut lembu, tidak perlulah masalah itu nak dikecohkan. Sifat orang Melayu kan suka bermaafan.

Namun, demi mencelikkan lagi fikiran kita, hambe sukacitanya hendak mengecohkan kata yg dipetik oleh tokoh ini, Zulkifli Muhammad, katanya,

'Kita tidak kurang tukang angguk, kita tidak kurang tukang geleng,
Tetapi kita kurang orang yang hendak membuat apa yang sudah diangguk,
dan orang yang mencegah apa yang sudah digeleng. " 

Last but not least, semoga para pembaca dan sahabat sekalian dapat mengambil ibrah daripada kisah tokoh kita ini. SO, itulah jawapan nya. Sangat menusuk Qalbu bukan. Berhentilah angguk2-geleng2 kepala ni, jika tiada tindakan selanjutnya.

Nak dalil quran? Nah.. 'Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.' Assof ayat 3.
Waallahualam.

No comments:

Post a Comment